»

Wednesday, October 14, 2015

Kucing Terapi Mental dan Emosi yang Baik


Terapi Mental dan Emosi yang Baik

Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.

Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.

Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.

Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu lupa dengan kepenatan seharian.

Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.

Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.

Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.

Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.
Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.

Tazkirah.net



Kucing ku OREO

OREO Dalam Kenangan ): 
Pada 111015 Oreo mati kerana sakit. 
Sayu hati meliat oreo dalam kesakitan dan aku tidak sanggup meliat detik-detik itu..



Baby Oreo


Oreo, Luna & Mico


Oreo, Luna & Mico


Oreo & Luna best friend forever..


Oreo posing raya ..



Monday, August 3, 2015

Rindu rasanya


Friday, July 24, 2015

"Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir & batin"


Doa
mengema.
Meski kabut kehidupan
sering menjadi fikiran kita
salah dalam memberi erti dan makna
pada apa yang tertangkap oleh indra
tapi hati harus tetap terjaga jernih
agar lidah tulus mengalirkan kata
Minal' Aidin wal Faizin
"Selamat Hari Raya Idul Fitri,
Maaf Zahir & batin"

Monday, June 22, 2015

Trip to Ho Chi Minh, Vietnam 6-9 June 2015

Percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam selama 4 hari 3 malam. Ho Chi Minh juga dikenali sebagai Saigon. 


Transit di KLIA menunggu flight ke Ho Chi Minh City, Vietnam sambil menikmati air kelapa di KLIA cafe. Penerbangan dari Malaysia ke Saigon mengambil masa selama 1 jam 40 minit.


Xin chào Ho Chi Minh City! :)...perkataan Vietmanese yang saya pelajari ketika di Saigon 'Xin chào' bermaksud 'Hello' dan 'Cam on' Terima kasih :) sebenarnya ramai orang Vietnam yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.


Saigon Central Post Office (1891). Ho Chi Minh City, Vietnam 



Hard Rock Cafe Ho Chi Ming City, Vietnam



Pengalaman menikmati suasana malam dan pemandangan bandar Ho Chi Minh menaiki cruise 'Tau Sai Gon' menyusuri sungai Saigon. 


                         


Shopping time hehe..kain silk vietnam dan cotton vietnam berlambak dan murah-murah,  baju kurung, jubah, telekung, t-shirt, kemeja, kain ela, tudung, kasut, bag dr kulit lembu, hiasan rumah & cenderamata..