»

Wednesday, October 14, 2015

Kucing Terapi Mental dan Emosi yang Baik


Terapi Mental dan Emosi yang Baik

Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.

Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.

Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.

Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu lupa dengan kepenatan seharian.

Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.

Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.

Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.

Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.
Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.

Tazkirah.net



0 comments: