»

Tuesday, September 27, 2011

Tidur Ala Kucing Mampu Hilangkan Stres


Kucing memang terkenal mempunyai kebiasaan tidur yang unik. Mereka boleh tidur selama 16 jam sehari, namun 75% dari tidur itu hanyalah 'tidur ringan'. Disebut ringan kerana pada saat tidur, kucing tersebut mampu terbangun dengan sangat cepat sebagai reaksi waspada sehingga orang ramai yang tidak tahu bahawa mereka sedang tidur. Sedangkan 25% sisa tidur mereka, dihabiskan dengan tidur yang berkualiti hingga mampu bermimpi. Biasanya saat mereka benar-benar tidur, cakar dan otot kucing tampak berkedut-kedut. Kerana cara tidur yang demikian itu lah, orang melihat kucing sebagai haiwan yang sangat santai dan menikmati hidupnya. Tak heran bila Eropah yang terkenal sebagai bangsa pekerja keras, separuh dari masyarakatnya berfikir tidur sejenak ala kucing mampu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Dikutip dari Femalefirst, seorang life coach bernama Jenni Trent Hughes berkata bahawa mengadopsi gaya hidup kucing ke dalam kehidupan seharian manusia boleh memberikan keuntungan jangka pendek mahupun panjang bagi manusia. Sama halnya dengan mengurangkan tahap stress dengan bersenam, tidur sejenak ala kucing secara am mampu membuat kita merasa selesa. Hal itu juga memberi kesan pada keseluruhan keadaan kesihatan dan mental kita sebagai manusia.

Tidur yang berkualiti adalah saat otak manusia memasuki gelombang Delta (0,5-2,75 Hz), ini adalah gelombang yang biasa dialami bayi. Tidak hairan, bayi mudah sekali mengantuk. Bagaimana cara untuk mendapatkan gelombang ini? Bisa dengan menghirup wangian, meditasi, mendengar muzik klasik, atau selalu membawa aneka muzik BRAINWAVE di musicplayer anda. Teknologi telah membangunkan BRAINWAVE "deep sleep" yang mampu membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Luangkan waktu setiap 10 minit apabila anda merasa letih, lakukan stretching ringan, dan segarkan otak anda dengan muzik-muzik yang menenangkan otak. Hal ini memang perlu dibiasakan, tapi manfaatnya sungguh besar. Trik "mencicil tidur" ini boleh anda lakukan di mana sahaja. Gunakan alat dengar, dan lupakan orang-orang di sekitar anda barang sejenak. (Wo / usi / miw)
by: KapanLagi

Thursday, September 15, 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"