»

Saturday, December 31, 2011

DOA SOLAT DHUHA



Ya Allah ya Tuhanku, 
jika rezekiku di atas langit, maka Engkau turunkanlah.
Jika rezekiku di bumi, maka Engkau keluarkanlah. 
Jika sukar, mudahkanlah. 
Jika lambat, percepatkanlah. 
Jika haram, halalkanlah. 
Jika jauh perdekatkanlah.
Amin.


Thursday, December 22, 2011

Hafiz & Adira - Ombak Rindu Lirik [HD/HQ] (OST Ombak Rindu)

Thursday, December 15, 2011

Pankek.. Breakfast keluargaku.





Hari ini mood buat Pankek utk breakfast...
sedap dimakan bersama madu & butter...eeerrmmm yummy!...


Bahan-bahannya:-

1 cawan tepung naik sendiri
1/2 tsp baking soda
1 cawan susu cair/susu segar (susu HL rendah lemak)
30gm gula
1 biji telur
2 sudu makan butter/marjerin - cairkan terlebih dahulu
1/4 tsp garam

Cara-caranya:-

  • Cairkan butter/marjerin sebentar dan ketepikan.
  • Panaskan susu segar sebentar supaya ia suam.
  • Satukan tepung naik sendiri, baking soda, garam, telur dan butter
  • Masukkan susu suam dan kacau dengan whisk sehingga sebati.
  • Anda juga boleh masukkan semua bahan dalam blender dan blender sehingga sebati.
  • Rehatkkan sebentar selama 15 minit
  • Panaskan small non stick pan.
  • Tuangkan 1/2 cawan bancuhan, biarkan sebentar sehingga ia berongga. Terbalikkan dan biarkan sehingga masak.
  • Guna api perlahan supaya ia berwarna kuning keemasan.



Cadangan Projek Bina Jambatan Sabah ke Labuan

Thursday, November 17, 2011

Fenomena yg berlaku di WP Labuan


Saturday, November 5, 2011

Salam AidilAdha

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban

Monday, October 24, 2011

Life Is Beautiful...

Thursday, October 20, 2011

SaLaM JuMaAt.. 21 Oktober 2011


YA ALLAH...

Di hari yang Penuh Keberkatan ini.
Aku menadah tangan pada Mu.
Mengucap kesyukuran di atas segala nikmat-nikmat yang telah kau beri selama ini.
Sesungguhnya tiada yangg lebih nikmat dari mendapat keredaan, Keberkatan dan perlindungan dari Mu jua Ya Allah.
Sesungguhnya Kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik dan sebaliknya untuk Kami.
Kiranya tersalah langkah kami.
Tersilap perhitungan kami. Tersasar usaha kami ini.
Ya Allah. Berilah petanda dan petunjuk Mu
supaya terhindarlah kami dari segala usaha yang sia-sia
dan tiada keberkatan Mu.
Ya Allah. Bimbinglah kami ke jalan yang benar dan yang Kau redhai..
Bukalah pintu pintu rezeki Mu supaya kami dapat mengecapi erti kejayaan dunia dan akhirat.
Ya Allah. Kabulkan lah doa hamba Mu ini.

Amin!

Tuesday, September 27, 2011

Tidur Ala Kucing Mampu Hilangkan Stres


Kucing memang terkenal mempunyai kebiasaan tidur yang unik. Mereka boleh tidur selama 16 jam sehari, namun 75% dari tidur itu hanyalah 'tidur ringan'. Disebut ringan kerana pada saat tidur, kucing tersebut mampu terbangun dengan sangat cepat sebagai reaksi waspada sehingga orang ramai yang tidak tahu bahawa mereka sedang tidur. Sedangkan 25% sisa tidur mereka, dihabiskan dengan tidur yang berkualiti hingga mampu bermimpi. Biasanya saat mereka benar-benar tidur, cakar dan otot kucing tampak berkedut-kedut. Kerana cara tidur yang demikian itu lah, orang melihat kucing sebagai haiwan yang sangat santai dan menikmati hidupnya. Tak heran bila Eropah yang terkenal sebagai bangsa pekerja keras, separuh dari masyarakatnya berfikir tidur sejenak ala kucing mampu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Dikutip dari Femalefirst, seorang life coach bernama Jenni Trent Hughes berkata bahawa mengadopsi gaya hidup kucing ke dalam kehidupan seharian manusia boleh memberikan keuntungan jangka pendek mahupun panjang bagi manusia. Sama halnya dengan mengurangkan tahap stress dengan bersenam, tidur sejenak ala kucing secara am mampu membuat kita merasa selesa. Hal itu juga memberi kesan pada keseluruhan keadaan kesihatan dan mental kita sebagai manusia.

Tidur yang berkualiti adalah saat otak manusia memasuki gelombang Delta (0,5-2,75 Hz), ini adalah gelombang yang biasa dialami bayi. Tidak hairan, bayi mudah sekali mengantuk. Bagaimana cara untuk mendapatkan gelombang ini? Bisa dengan menghirup wangian, meditasi, mendengar muzik klasik, atau selalu membawa aneka muzik BRAINWAVE di musicplayer anda. Teknologi telah membangunkan BRAINWAVE "deep sleep" yang mampu membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Luangkan waktu setiap 10 minit apabila anda merasa letih, lakukan stretching ringan, dan segarkan otak anda dengan muzik-muzik yang menenangkan otak. Hal ini memang perlu dibiasakan, tapi manfaatnya sungguh besar. Trik "mencicil tidur" ini boleh anda lakukan di mana sahaja. Gunakan alat dengar, dan lupakan orang-orang di sekitar anda barang sejenak. (Wo / usi / miw)
by: KapanLagi

Thursday, September 15, 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Monday, August 29, 2011

satu hari sebelum raya...


Tuesday, August 23, 2011

Salam Lebaran Di Aidil Fitri 1 Syabas 1432 / 2011 M



Friday, August 5, 2011

Selamat Bersungkai ...

Menu di bulan Ramadhan


Sambal Tumis Tempeh


Gulai Lemak Udang & Nenas


Gulai Asam Pedas Ikan

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...

Wednesday, July 27, 2011

MaNiLa..Philippines





Tuesday, July 26, 2011

Puisi Unggun Bersih - Sasterawan Negara A Samad Said



Puisi Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..

Nukilan - A Samad Said

Monday, May 30, 2011

Yogurt Cheese Cake



Bahan bahan :
250 gm krim cheese (Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt (atau perisa lain)
1 cawan Biskut tiger/biskut merry (dihancurkan)
3 sudu besar mentega
jem blueberry

Topping
Sos Blueberry secukupnya
1 sudu besar madu

Cara-cara

1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese tadi.

Bakar:

Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas,
letak acuan yang ada cheese tadi dlm bekas berisi air dan bakar selama 50-60 minit.

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.

Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2.
Hiaskan dengan toping blueberry jem dan madu.

Sunday, April 3, 2011

Thank You!...


Alhamdulillah..terima kasih atas berkat doa suami, anak2, saudara mara dan teman2 yg jauh & dekat...terima kasih juga kpd Dr Ehab & Team serta pihak Hospital Labuan prosedur pembedahan saya tlh berjalan dgn lancar. Semoga Allah SWT merahmati & membalas segala niat baik kalian dgn balasan yg sebaik-baiknya. AMIN ...

Tuesday, January 18, 2011

Usahawan Sering Stres????


Setiap orang sering menghadapi tekanan dan mengalami stres. Sebagai seorang usahawan kita perlu cekap mengawal stress. Semakin lama dibiarkan semakin parah pula. Pengurusan pejabat mungkin tidak menjadi teratur lagi. Pelanggan pula rasa kurang senang nak berurusan bila tengok muka kita ‘berserabai’ dan menyesakkan nafasnya.
Berikut sedikit panduan untuk menghilangkan stress dengan kaedah 10B > TANGANI TEKANAN /STRES :

1. Bertafakur dan Bertenang serta Bersabar
2. Bersolat, Berzikir dan Berdoa
3. Bernafas secara dalam-dalam
4. Berkongsi perasaan / masalah dengan orang lain
5. Berehat sambil mendengar muzik
6. Bersukan dan Beriadah
7. Berfikiran Positif
8. Bersangka Baik
9. Bercakap dengan memujuk diri sendiri
10.Berurut dan Beraroma Terapi

>> Jangan stress lagi kerana unjuran sepanjang 2011 menunjukan :
1.Pasaran Hartanah kekal positif -Rahim & Co
2.Pasaran Sham unjur positif -Global Asset Management

>> Kita perlu membuat anjakan Paragigma kerana mana mungkin kita boleh mendapat hasil dan pendapatan yang luar biasa jika masih bekerja macamana biasa, hasil yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa....???

http://dinderaman.blogspot.com/

Wednesday, January 12, 2011

Motivasi Kerja-Tips Asas Bagaimana Menjadikan Diri Bersemangat


Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar.

Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja Anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja Anda.

Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.

Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda. Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi bekerja!.

Penyelesaianya, niatkan kerja Anda sekarang ni satu cara untuk Anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya Anda.

Jika Anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang Anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.

Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.