»

Sunday, February 26, 2012

Rapuh - Opick

meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMU
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU
maafkan bila hati tak sempurna mencintaiMU
dalam dadah ku harap diriMU yang bertahta...

Wednesday, February 22, 2012

Kucing mangsa langgar lari...):



Pagiku yang cerah dan ceria telah di selubungi rasa sayu melihat tragedi yang berlaku didepan mata. Sekor kucing jantan yang meratapi temannya yang baru dilanggar oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan membiarkan sahaja bangkai kucing tersebut terdampar di tengah jalan, tanpa kisah, tanpa indah dan tanpa rasa berdosa...

Aku memerhatikan dengan rasa sayu dan sebak melihat sekor kucing jantan yang masih setia dengan harapan agar ada keajaib berlaku.. namun harapannya makin nipis bila melihat kucing betina tidak bergerak dan masih terlantar kaku...

Aku cuba menghampiri kedua-dua kucing tersebut lantas kucing jantan berlalu...mungkin aku telah mengganggu situasi yang memilukan. Aku tidak dapat berkata-kata kerna aku tidak tahu bahasa kucing cuma yang mengganggu benakku..aku tidak sampai hati meninggalkan kedua-dua kucing tersebut dalam keadaan kebinggungan dan tanpa penyelesaian.

Lantas aku mengambil keputusan mengangkat bangkai kucing tadi dan memasukkan dalam woven beg yang ada di belakang keretaku dan aku meminta pertolongan seorang lelaki untuk mencangkul tanah untuk menanam bangkai kucing malang itu. Di kawasan perumahanku ini lah kucing malang tadi ku semadikan.

Friday, February 10, 2012

Kota Suci Mekah Dalam Impian



Bismillahirahmannirrahim...


Kerinduan menyahut lambaian Ka'abah mengamit relung hati setiap insan yang beriman. Gema takbir dan talbiah menghiasi seluruh alam buana, melimpah hikmah dan keagungan asma, menjalar setiap denyut nadi insan yang mendambahkan kemesraan kekasih. Jiwa Dan raga di penuhi harapan limpahan kurnia dan redha Ilahi dalam menjalin kehangatan makrifat. Semangat yang membara menepis segala rintangan dalam memenuhi panggilan Allah SWT.

Tawaduk dan istiqamah membekalkan rasa cemas dan gementar bila menghadirkan diri di depan pintu raja yang agung dalam memenuhi panggilanNya. Harapan ingin memperolehi haji / umrah yang mabrur bercampur dengan kebimbangan kerana kesedaran tentang kedaifan diri sendiri. Sesungguhnya keindahan dan kebaikan memperolehi haji/ umrah itu hanya syurga sebagai ganjarannya. Dengan mempersiapkan bekal yang halal, ilmu dan taqwa akan menikmati kesempurnaan ibadah haji, umrah dan ziarah.

InsyaAllah..semoga dapat mempersiapkan diri memenuhi panggilan ke tanah suci. Ya Allah tunaikan lah segala doa ku dan kabulkan hasradku. Amin  Ya Rabbal Alamin.

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR KITA 
NABI MUHAMMAD S.A.W
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H

Friday, January 27, 2012

BADAI MATAHARI 2012



Mengikut Ramalan akan terjadi kiamat tahun 2012 yang di sandarkan pada penemuan beberapa ahli astrolog kuno serta para ahli astronomi moden. Percaya atau tidak bahawa kiamat akan terjadi..sebagai ummat Islam berpegang pada rukun iman ke 5 bahawa kiamat itu akan pasti akan berlaku. Tetapi kita hanya di beri sign tanda-tanda datangnya kiamat tetapi sedar kah kita bahawa tanda sudah ada dan hari yang di maksudkan sudah dekat...kembali ke konsep dasar sebagai ummat islam hanya Allah SWT sahaja yang dapat menentukan bila kiamat akan terjadi.

Mengikut manuskrip peninggalan suku Maya di selatan Mexico atau Guatemala yang di kenal menguasai ilmu Falak, disebutkan bahawa kiamat akan terjadi pada 21 Disember 2012...waktu itu akan muncul gelombang galaksi yang besar-besaran sehinggga mengakibatkan terhentinya semua kegiatan di muka bumi.

Dalam ilmu astrologi pula matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu. Menurut Peg. Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mohd zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas apabila terjadi Badai Matahari seperti komet atau asteroid. tetapi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera serta medan magnet bumi. Kemungkinan besar kesannya hanya merosakkan sistem  radar dan satelit.