»

Friday, January 27, 2012

BADAI MATAHARI 2012



Mengikut Ramalan akan terjadi kiamat tahun 2012 yang di sandarkan pada penemuan beberapa ahli astrolog kuno serta para ahli astronomi moden. Percaya atau tidak bahawa kiamat akan terjadi..sebagai ummat Islam berpegang pada rukun iman ke 5 bahawa kiamat itu akan pasti akan berlaku. Tetapi kita hanya di beri sign tanda-tanda datangnya kiamat tetapi sedar kah kita bahawa tanda sudah ada dan hari yang di maksudkan sudah dekat...kembali ke konsep dasar sebagai ummat islam hanya Allah SWT sahaja yang dapat menentukan bila kiamat akan terjadi.

Mengikut manuskrip peninggalan suku Maya di selatan Mexico atau Guatemala yang di kenal menguasai ilmu Falak, disebutkan bahawa kiamat akan terjadi pada 21 Disember 2012...waktu itu akan muncul gelombang galaksi yang besar-besaran sehinggga mengakibatkan terhentinya semua kegiatan di muka bumi.

Dalam ilmu astrologi pula matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu. Menurut Peg. Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mohd zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas apabila terjadi Badai Matahari seperti komet atau asteroid. tetapi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera serta medan magnet bumi. Kemungkinan besar kesannya hanya merosakkan sistem  radar dan satelit.


0 comments: