»

Thursday, June 28, 2012

Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke 47, Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohammad

YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri  dan tetamu kehormat majlis ini  menyampaikan ucapan bertajuk "Kajian Semula Pelan Strategik Ekonomi Melayu"

                            



                            

Saturday, June 9, 2012

WP Labuan, Borneo. Malaysia




Respons dari soalan yang selalu ditanyakan, " Labuan kat mana ea??".


(Sad but True)
Labuan semakin dilupakan dunia luar dan kelompok negeri Malaysia. Labuan tiada identitinya. Itu antara isu yang dihidapi Labuan.

Orang luar tidak tahu bahawa :
1. Labuan memiliki shipyard terbesar Asia.
2. Labuan memiliki methanol plant no.4 terbesar dunia.
3. Labuan adalah oil & gas hub dengan supply base terbaik di Malaysia.
4. Labuan adalah pemproses dan penjual sweet crude terbesar di Malaysia.
5. Jikalau berlaku konfrontasi, Labuan akan diserang terlebih dahulu kerana Labuan menjana 30% pendapatan negara dalam industri minyak dan gas. Lumpuh oil dan gas Labuan, akan lumpuh oil dan gas Sabah Sarawak.
6. Labuan mempunyai deposit arang batu berkualiti tinggi.
7. Labuan mempunyai pelabuhan semulajadi yang terdalam di Malaysia.

Persoalannya, kenapakah masih banyak orang terutamanya rakyat Malaysia sendiri yang tidak tahu dimana letaknya Labuan? (?.?')

So gambar ni adalah jawapannya.. HAHA

Friday, April 20, 2012

Hook-Billed Butbul

Hook-Billed Butbul di kenali dengan nama Burung Merbah.
Nama saintifiknya setornis criniger terdapat di kepulauan Borneo


Dua minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci seekor Burung Merbah membuat sarang di pohon bunga halaman rumahku. Mungkin landskap yg cantik menarik minat Burung Merbah utk bersarang :)..orang tua-tua cakap rumah rezeki..Amin.
  
 
Ketika aku masih di Kota Madinah anak-anak Burung Merbah baru menetas. Di sana aku sempat melayari internet utk berhubung dgn keluarga di tanah air dan kesempatan itu juga ku ambil untuk melihat perkembangan anak2 Burung Merbah melalui gambar2 yg di post oleh suamiku di laman sosial FB. 


Ini lah anak Burung Merbah..mmmm sudah biasa posing depan kamera :) cute kan? tp seminggu selepas aku balik dari tanah suci anak anak burung ini telah terbang jauh bersama ibubapanya dan sarang yg di bina dihalaman rumahku kini kosong sunyi tanpa penghuni. Rindu bunyi kicauan Burung Merbah..
Subhanallah amat sempurna ciptaanMU.

 aku teringat pada lagu lama..'Mengapa di kenang'..
Nyanyian Saloma

Anak Punai Anak Merbah..
Terbang turun membuat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Ini pula hati orang
mengapa di kenang...

Friday, April 13, 2012

Babun Hamadryas (Papio hamadryas)

Hamadryas babun dan Famili. Babun Hamadryas (Papio hamadryas) adalah spesis babun dari keluarga monyet Dunia Lama. Hamadryas babun terdapat di Jeddah utara melalui daerah pergunungan berbatu ke Madinah & Makkah. Babun ini hidup di kawasan padang pasir, savana dan kawasan berbatu. Yang menariknya keluarga-keluarga babun ini terdiri dari satu jantan atau ayah dan beberapa  betina/isteri :)...

Tuesday, April 10, 2012

Wahai Hati


Wahai Hati...
Terus tarbiyakan diri
Terus mantapkan hati

Mujahadah itu indah
Jalan akan terasa susah
Kerana untuk mendapat syurga bukan mudah

Bila sekali terkandas,
Lihatlah bintang dilangit sebagai petunjuk jalan

Bila bekal untuk hati habis di padang pasir
Segeralah cari oasis iman dan taqwa
Teguhkan hati kepada Allah seperti kisah Siti Hajar

Berusaha menjaga Allah
Nescaya Allah menjaga dirimu
Letakkan cinta Allah di hati
Nescaya dunia itu yang datang kepadamu
Peliharalah hak dan suruhan Allah
Nescaya Allah memelihara jiwa dan dirimu

Wahai hati,
Rasa bahagialah
Bila kau rasa Allah itu bersamamu
Bila rasa Allah sentiasa memandangmu

Rasa bahagialah bila Allah itu sentiasa dekat denganmu
Rasa bahagialah bila kau rasakan Dia ada di hatimu...