»

Tuesday, April 10, 2012

Wahai Hati


Wahai Hati...
Terus tarbiyakan diri
Terus mantapkan hati

Mujahadah itu indah
Jalan akan terasa susah
Kerana untuk mendapat syurga bukan mudah

Bila sekali terkandas,
Lihatlah bintang dilangit sebagai petunjuk jalan

Bila bekal untuk hati habis di padang pasir
Segeralah cari oasis iman dan taqwa
Teguhkan hati kepada Allah seperti kisah Siti Hajar

Berusaha menjaga Allah
Nescaya Allah menjaga dirimu
Letakkan cinta Allah di hati
Nescaya dunia itu yang datang kepadamu
Peliharalah hak dan suruhan Allah
Nescaya Allah memelihara jiwa dan dirimu

Wahai hati,
Rasa bahagialah
Bila kau rasa Allah itu bersamamu
Bila rasa Allah sentiasa memandangmu

Rasa bahagialah bila Allah itu sentiasa dekat denganmu
Rasa bahagialah bila kau rasakan Dia ada di hatimu...


0 comments: