»

Monday, March 11, 2013

Lahad Datu


Lahad Datu, pantai timur Sabah, Borneo merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan dan pelabuhan. Lahad Datu berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah.

Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau. Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1' Utara dan longitud 118° 19' Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Bandar Utama Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa tempat seperti Sandakan, Tawau, Kunak, Semporna dan Felda Sahabat. Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 6,635.2 km2.

Lahad Datu mudah dikunjungi melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalanraya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar yang lain.
Populasi kaum bagi Daerah Lahad Datu kebanyakan terdiri daripada suku kaum Bajau, Idahan, Iranun, Dusun Begahak, Bugis, Suluk, Tidung, Melayu Cocos, dan Imigran dari Indonesia dan Filipina.

Lahad Datu mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti pelancongan alam sekitar. Kawasan hutan Lahad Datu yang masih kurang diteroka telah mendorong kerajaan mewujudkan hutan simpan. Antara kawasan menarik yang terletak di sini ialah Hutan Simpan Lahad Datu, Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin dan Gua Madai.


Lembah Danum,
Duke Cambridge Putera William dan isterinya Catherine Middleton 



Gua Madai
 (Sumber Rezeki Orang-orang Idahan- Sarang Burung Walit)

0 comments: