»

Saturday, March 30, 2013

ShenZhen aku datang..



Shenzhen aku datang...
Aku datang menjejak laluan Rasulku
meski pun tidak melalui jalan suteraMU..
tetapi seruMu hingga ke Negara China telah menjemputku..
25hb-29hb Mac 2013


     

Thursday, March 21, 2013

YA ALLAH PERLIHATKANLAH YANG BENAR ITU BENAR



Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada kami semua khususnya nikmat Islam yang kami miliki ini.

Ya Allah ya Tuhan kami,
ampunilah dosa dan maafkanlah kesilapan kami lahir dan batin. Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami dosa keluarga kami dosa masyarakat kami dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup dan ummat Islam yang akan datang hingga hari kiamat.

Ya Allah sesungguhnya keampunan Mu dan kemaafan Mu lebih luas lebih besar daripada kesalahan kami. Ya Allah Engkau lah Tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun, ampunkanlah dosa kami dan dosa yang dilakukan oleh kami dan mereka itu.

Ya Allah berikan kami kekuatan supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad saw di zaman tidak ada Nabi dan Rasul ini dan supaya dapat kami bersyukur dan menunaikan amanah Islam ini.

Ya Allah perlihatkanlah yang benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkan yang salah itu salah supaya dapat kami menjauhinya.

Ya Allah Ya Tuhan kami bersihkanlah hati kami pemikiran kami dan kehidupan kami daripada jenis syirik, kufur, nifak, zalim dan sifat-sifat yang keji. Tumbuhkan di hati kami sifat-sifat yang terpuji.

Ya Allah jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yang disukai oleh Engkau dan membenci apa yang di benci oleh Engkau.

Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa berbuat baik kepada kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa berbuat baik dengan seikhlas-ikhlasnya yang Engkau kehendaki.

Ya Allah sebagaimana Engkau dekat dengan kami jadikanlah kami dekat dengan Engkau dimana saja kami berada.

Ya Allah sebagaimana Engkau melihat, mendengar dan memerhatikan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan penglihatan Engkau dan perhatian Engkau terhadap kami dan sentiasa bertakwa dalam penghidupan kami.

Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa bersama dengan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan kehadiran Engkau dalam penghidupan kami.

Ya Allah sebagaimana Engkau bersikap pemurah terhadap kami jadikanlah kami ini hambaMu yang pemurah sebagaimana yang Engkau kehendaki. Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau sentiasa menyeru kami maka jadikanlah kami ini menyeru Engkau dan memohon pertolongan daripada Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, iman yang mendalam, rezeki yang halal, anak yang soleh, keturunan yang baik, perniagaan yang berjaya dan penghidupan yang penuh berkat.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
jika tertulis suatu takdir yang tidak baik keatas kami, kami memohon supaya Engkau menukar takdir itu dengan suatu takdir yang baik kepada kami.

Ya Allah berikan kami kekuatan kepada kami supaya dapat kami mengatasi angkara jahat musuh-musuh kami dari nafsu, syaitan, dunia dan manusia. Hidupkanlah kami dengan Islam dan matikanlah kami ini dengan Islam. Selamatkan iman kami daripada segala gangguan syaitan, semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir.

Ya Allah perkenankan segala permohonan kami, mustajabkanlah doa kami, selesaikanlah segala masalah kami, bayarkanlah segala hutang kami, sembuhkanlah segala penyakit kami, kuatkanlah segala kelemahan kami, sempurnakan segala kekurangan kami, tunaikan hajat-hajat kami, berkatilah anak cucu kami, jayakanlah usaha dan perniagaan kami, satukanlah hati-hati kami, menangkanlah perjuangan kami dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad saw, dengan keramat Al-Quran al-kareem dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

Ya Allah, hanya kepada Mu kami berserah dan bersujud.

fb by:
Datuk Dr Maznah Hamid's

Saturday, March 16, 2013

1Million Women Purple Walk 170313





Monday, March 11, 2013

Lahad Datu


Lahad Datu, pantai timur Sabah, Borneo merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan dan pelabuhan. Lahad Datu berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah.

Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau. Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1' Utara dan longitud 118° 19' Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Bandar Utama Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa tempat seperti Sandakan, Tawau, Kunak, Semporna dan Felda Sahabat. Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 6,635.2 km2.

Lahad Datu mudah dikunjungi melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalanraya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar yang lain.
Populasi kaum bagi Daerah Lahad Datu kebanyakan terdiri daripada suku kaum Bajau, Idahan, Iranun, Dusun Begahak, Bugis, Suluk, Tidung, Melayu Cocos, dan Imigran dari Indonesia dan Filipina.

Lahad Datu mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti pelancongan alam sekitar. Kawasan hutan Lahad Datu yang masih kurang diteroka telah mendorong kerajaan mewujudkan hutan simpan. Antara kawasan menarik yang terletak di sini ialah Hutan Simpan Lahad Datu, Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin dan Gua Madai.


Lembah Danum,
Duke Cambridge Putera William dan isterinya Catherine Middleton 



Gua Madai
 (Sumber Rezeki Orang-orang Idahan- Sarang Burung Walit)

Wednesday, March 6, 2013

Pray For Sabah

Penyokong The Red Worrior (Pasukan Kelantan) menaikkan banner Pray For Sabah dan mengibarkan bendera Sabah ketika perlawanan AFC menentang Maziya S&RC (Maldives).
Terima kasih TRW! Terima Kasih Kelantan! Respect!

#PrayForSabah

spirit of true malaysian my kelantanes

Monday, March 4, 2013

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Mari kita sama-sama berdoa semoga semua anggota keselamatan kita yang bertugas sekarang ini berada dalam keadaan selamat. Semoga diperkuatkan semangat juang untuk menentang musuh yang tidak diduga... Al Fatihah dan takziah buat mereka yang terkorban..sedih dengan keadaan yang menimpa ):





DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH

Saturday, March 2, 2013

Semporna, Sabah. 02032013

"Buat family dan kawan2 yg berada di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan & Tawau..kami risau keadaan di sana, moga Allah swt melindungi kita semua.."


‎(SEMPORNA)
Update :
Suasana Panik dgn siren yg sdh berbunyi dgn arahan "jgn keluar rumah" bagi mereka yg berada di kg.simunul, kg air dan kg sri jaya Semporna. Mesej dr seorg teman- keadaan panik ada kedengaran tembak-menembak dan kapal polis berada di laut serta elektrik jga terpadam - doakan smoga smua anggota keselamatan , saudara mara sahabat handai slmt dlm lindunganNya..Aamiin.





Friday, March 1, 2013

Lahad Datu.. 1 Mac 2013




"Lahad Datu 1 Mac 2013
____________________
Shop, bank, school Closed. Ambulance rushed to hospital. Army cars rushing. MAS wing flights suspended. Local people said many military flights flew in this morning. Police told town people to lock gates/doors. Many people have gone home.

Askar berkampung di tengah bandar, orang awam di suruh balik ke rumah jadi traffic jam. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke bandar." - Photo & Caption hak milik Carl Marie.