»

Sunday, October 21, 2012

Ya Allah Ya Tuhan kami,



Janganlah Engkau pejamkan mata hati kami, 
hingga kami lupa akan nikmatMU...
dan pasrahkanlah kami dengan takdirMU...
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... 
adalah yang terbaik untuk kami,
janganlah Engkau biarkan kami sendirian... 
di dunia ini mahupun di akhirat nanti,
bimbinglah kami agar tetap tegar
agar hidup kami tak hilang dalam kehancuran..

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Aamiin Ya Robbalalamin...

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Friday, October 19, 2012

Festival Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat WP Labuan

Warna Warni Festival Bahasa Kebangsaan Peringkat WP Labuan
Pertandingan Berbalas Pantun, Pidato dan Tarian Rampaian
bermula 18 hgg 21 Oktober 2012.



Saturday, October 6, 2012

Feri Wawasan Perdana Terbakar (2/10/2012) WP Labuan



Pada 02 Okt. 2021 pagi WP Labuan di kejutkan lagi dengan kebakaran sebuah Feri iaitu Wawasan Perdana. Feri Wawasan Perdana adalah feri utama yang membawa kenderaan komersial, kenderaan awam dan penumpang orang awam keluar masuk Labuan. 

Feri Wawasan Perdana di bina pada bulan september 1997 dan mula beroperasi pada 16 Ogos 2004. Feri ini di miliki oleh Labuan Ferry Corporation Sdn Bhd. boleh memuatkan seramai 1000 orang penumpang dan 80 buah kenderaan, 24 buah lori 15 tan. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut dalam tempoh 37 minit dan alhamdulillah tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPT.2012

PETA 1 MALAYSIA

PETA MALAYSIA SIZE SEBENAR


Penubuhan Malaysia
Sejak bila peta Semenanjung lebih besar daripada peta Sabah Sarawak?

p/s: Pada hari ini 16 sept,
sudah 49 tahun Sabah bersama-sama Sarawak membentuk Malaysia.
Tetapi..di mana taraf dan kedudukan ekonomi Sabah? Apakah 20 perkara, Perjanjian Malaysia 1963 dihormati dan Borneonisasi dilaksanakan? Bagaimana dengan kuasa autonomi Sabah?

Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud pada hari ini.

by fb: Jaymie Jaimye




Monday, August 27, 2012

Majlis Perkawinan

Majlis Perkahwinan anak buah aku
* Fadzlay & Rohana* 
25 Ogos 2012







CINTA memang indah bila dapat menyatukan dua hati..
semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat...