»

Monday, April 27, 2015

GST Goods and Services Tax vs Datuk Ahmad Maslan

April 27, 2015, Peniaga lakukan kesalahan GST perlu didakwa segera - Ahmad Maslan
ROMPIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kastam Diraja Malaysia diminta membawa segera peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada peniaga lain.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata rakyat mahu melihat keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan pelaksanaan GST, sehingga membebankan hidup mereka.


adooiiii peniaga lagi di salahkan..Datuk Ahmad Maslan yang di kasihi dan di sayangi rakyat Malaysia, tolooong lah..peniaga2 ramai yang konpius dan tidak faham mcm Tun M. Jangan main dakwa saja, cari di mana kelemahan sistem dan perlaksanaannya..ambil masa utk membetulkan dan memperkukuhkan sistem GST dulu supaya pemborong dan retailer tidak bergaduh dan yg jadi mangsa adalah pengguna.



April 22, 2015 PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang. 



Sunday, March 15, 2015

Mario Teguh

Untukmu yang sudah letih dengan keraguan dan penantian waktu yang tepat - yang tak pernah datang itu, malam ini bisikkanlah.

Tuhanku Yang Maha Pemberi Petunjuk,

Aku mohon Engkau mengakhiri kebiasaanku untuk berlama-lama menunggu waktu yang tepat untuk memulai langkah-langkah untuk menuju impian hatiku.

Janganlah Kau biarkan aku tertukar antara kehati-hatian dan ketakutan, karena akhirnya aku pun tak tahu apakah penundaanku itu karena aku bijak atau karena aku sebetulnya takut.

Tuhanku, tidurkanlah aku dalam kedamaian dan bangunkanlah aku esok pagi dengan kesegeraan yang kuat untuk memulai dari yang bisa kulakukan.

Janganlah Kau biarkan aku mengembalikan diriku kepada keraguan, setelah rasa yakinku.

Jadikanlah hariku esok, sebagai hari yang ceria dengan keikhlasan mencoba melakukan yang selama ini dijauhkan dariku oleh rasa takutku.

Sesungguhnya, jika Engkau bersamaku, apakah yang masih kutakuti?

Tuhan, selalu dampingilah aku dalam perjalanan hidup yang sejahtera dan berbahagia.

Aamiin


----------------

Mario Teguh - Loving you all as always

Saturday, March 7, 2015

SAHABAT



Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
 
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
 
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS & WHATSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing…

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, “Siapa mereka semua tu?”

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata, “DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA.”

Saturday, February 14, 2015

Dato Nik Aziz Nik Mat



AL-FATIHAH :
Kembalinya Dato Nik Aziz Nik Mat Ke Rahmatullah

 BOIDATA :

YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :

1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

 Penghargaan :

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniaka
n Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

 Ahli Parlimen :

Sebelum terpilih mnjadi ADUN Semut Api dlm pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, TGNA telah trpilih mjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah.

Tuesday, May 27, 2014

Trade Mission To Palawan