»

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...

Wednesday, July 27, 2011

MaNiLa..Philippines





Tuesday, July 26, 2011

Puisi Unggun Bersih - Sasterawan Negara A Samad Said



Puisi Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..

Nukilan - A Samad Said

Monday, May 30, 2011

Yogurt Cheese Cake



Bahan bahan :
250 gm krim cheese (Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt (atau perisa lain)
1 cawan Biskut tiger/biskut merry (dihancurkan)
3 sudu besar mentega
jem blueberry

Topping
Sos Blueberry secukupnya
1 sudu besar madu

Cara-cara

1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese tadi.

Bakar:

Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas,
letak acuan yang ada cheese tadi dlm bekas berisi air dan bakar selama 50-60 minit.

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.

Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2.
Hiaskan dengan toping blueberry jem dan madu.

Sunday, April 3, 2011

Thank You!...


Alhamdulillah..terima kasih atas berkat doa suami, anak2, saudara mara dan teman2 yg jauh & dekat...terima kasih juga kpd Dr Ehab & Team serta pihak Hospital Labuan prosedur pembedahan saya tlh berjalan dgn lancar. Semoga Allah SWT merahmati & membalas segala niat baik kalian dgn balasan yg sebaik-baiknya. AMIN ...