Bahan bahan :
250 gm krim cheese (Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt (atau perisa lain)
1 cawan Biskut tiger/biskut merry (dihancurkan)
3 sudu besar mentega
jem blueberry
Topping
Sos Blueberry secukupnya
1 sudu besar madu
Cara-cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.
Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese tadi.
Bakar:
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas,
letak acuan yang ada cheese tadi dlm bekas berisi air dan bakar selama 50-60 minit.
Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2.
Hiaskan dengan toping blueberry jem dan madu.
Monday, May 30, 2011
Yogurt Cheese Cake
Posted by annie at 6:51 AM 0 comments
Sunday, April 3, 2011
Thank You!...
![]()
Alhamdulillah..terima kasih atas berkat doa suami, anak2, saudara mara dan teman2 yg jauh & dekat...terima kasih juga kpd Dr Ehab & Team serta pihak Hospital Labuan prosedur pembedahan saya tlh berjalan dgn lancar. Semoga Allah SWT merahmati & membalas segala niat baik kalian dgn balasan yg sebaik-baiknya. AMIN ...
Posted by annie at 2:23 AM 0 comments
Tuesday, January 18, 2011
Usahawan Sering Stres????

Setiap orang sering menghadapi tekanan dan mengalami stres. Sebagai seorang usahawan kita perlu cekap mengawal stress. Semakin lama dibiarkan semakin parah pula. Pengurusan pejabat mungkin tidak menjadi teratur lagi. Pelanggan pula rasa kurang senang nak berurusan bila tengok muka kita ‘berserabai’ dan menyesakkan nafasnya.
Berikut sedikit panduan untuk menghilangkan stress dengan kaedah 10B > TANGANI TEKANAN /STRES :
1. Bertafakur dan Bertenang serta Bersabar
2. Bersolat, Berzikir dan Berdoa
3. Bernafas secara dalam-dalam
4. Berkongsi perasaan / masalah dengan orang lain
5. Berehat sambil mendengar muzik
6. Bersukan dan Beriadah
7. Berfikiran Positif
8. Bersangka Baik
9. Bercakap dengan memujuk diri sendiri
10.Berurut dan Beraroma Terapi
>> Jangan stress lagi kerana unjuran sepanjang 2011 menunjukan :
1.Pasaran Hartanah kekal positif -Rahim & Co
2.Pasaran Sham unjur positif -Global Asset Management
>> Kita perlu membuat anjakan Paragigma kerana mana mungkin kita boleh mendapat hasil dan pendapatan yang luar biasa jika masih bekerja macamana biasa, hasil yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa....???
http://dinderaman.blogspot.com/
Posted by annie at 3:51 AM 0 comments
Wednesday, January 12, 2011
Motivasi Kerja-Tips Asas Bagaimana Menjadikan Diri Bersemangat

Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar.
Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja Anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja Anda.
Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.
Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda. Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi bekerja!.
Penyelesaianya, niatkan kerja Anda sekarang ni satu cara untuk Anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya Anda.
Jika Anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang Anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.
Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.
Posted by annie at 5:04 PM 0 comments











