Ini lah Buras atau Burasak :) ...
Makanan traditional masyarakat bugis di daerah
Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.
Hidangan istimewa semasa menjelang Hari Raya.
Buras sedap dimakan bersama Ayam Masak Lengkuas                                                                   

 
Beras, Santan, Sedekit Garam, Daun Pisang dan Tali 
Rebus selama 5 jam
 Bahan-Bahan untuk ayam masak lengkuas
1/2 kg Lengkuas (bersihkan & parut)
1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
5 ulas merah (tumbuk halus)
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
3 btng serai (ketuk)
1 liter santan pekat
garam secukup rasa
serbuk perasa 
kunyit
Cara Memasaknya:-
Didihkan santan di dalam kuali. Setelah mendidih masukan lengkuas yg telah di parut.
Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, garam dan perasa.
setelah sebati masukkan ayam, kacau perlahan-lahan sehingga masak.
Bila ayam sudah masak boleh di hidangkan...
selamat mencuba