Thursday, November 4, 2010
Program MPOG Labuan Tiara Labuan Hotel 01 - 04 Nov 2010 PERDASAMA & MITI
Posted by annie at 10:47 PM 0 comments
Friday, October 22, 2010
Persahabatan - Khalil Gibran
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia? menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam? persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika? kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
Posted by annie at 6:58 PM 0 comments
Friday, August 20, 2010
Sahabat
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...
Posted by annie at 8:14 PM 0 comments
Sunday, August 8, 2010
Salam Ramadhan
Jika HATI sejernih air, jangan biar ia keruh,
Jika HATI seputih awan, jangan biar ia mendung,
Jika HATI seindah bulan, hiasi lah ia dengan IMAN...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..
TINGKATKAN IBADAH KURANGKAN JUADAH…..
Monday, August 2, 2010
Pasta Ikan Bilis dan Sambal Udang Kering
Pasta Goreng Ikan Bilis
favorite menu anak-anak di hujung minggu
Sambal Udang Kering
Resepi dari arwah mama...rindu masakan mama ):
Posted by annie at 6:40 AM 0 comments
Sunday, July 25, 2010
Mesyuarat Agung Tahunan DPMM 2010, 26 Jun 2010, PWTC Kuala Lumpur
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas
Perwakilan dr WP Labuan
wakil pemerhati semasa pengiraan undi...
Posted by annie at 8:45 AM 0 comments
Saturday, July 24, 2010
KATA-KATA HIKMAT PROF. DR.HAMKA
“ Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa…datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”
Posted by annie at 8:19 AM 0 comments
Sunday, June 20, 2010
Thursday, June 17, 2010
Lawatan kerja Tan Sri Rozali Ismail & rombongan ke DPMM Labuan
Posted by annie at 7:00 PM 0 comments
Saturday, June 5, 2010
Kanibal (cerita lucu)
Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal, sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus.
Lalu si anak pun berkata," Tengok Pak!! Adak mangsa!"
"Jangan!" kata ayahnya, "lihat saja tubuhnya, tak adak isi, tentu tak cukup untuk kitak. Lagikpun tentu adak penyakit."
Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk. Maka dengan girang, si anak pun berkata,
"Wah, itu rezeki kitak Pak, tahan untuk duak hari!"
"Jangan!" kata ayahnya, " kitak boleh mati kenak serangan sakit jantung kalau makan daging diak yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain ." Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik kat tempat mereka menunggu mangsa.
Maka sekali lagi si anak berkata dengan girang,
"Uiih!!! Pak yang kalik ini bagus Pak, tentu isik diak lazat. Ayuk kitak makan, lapar nih.."
" Jangan!" sekali lagi ayahnya berkata, "Kitak tak akan makan perempuan inik." "Kenapa Pak?" tanya si anak. Lalu ayahnya pun menjawab, " Sebab kitak akan bawak diak balik rumah dalam keadaan hidup....,
untuk santapan malam inik, kitak makan saja ibu mu...."
Posted by annie at 6:31 PM 2 comments
Sunday, May 9, 2010
SeLaMaT HaRi IbU BuAt MaMa...Hjh Sulmah Bte Utoh
Ibu ..
Kasih sayangmu membuat kami bererti
Cinta kasihmu membuat kami peduli
Perjuanganmu membuat kami mandiri
dan Ketulusanmu membuat kami mengerti
Ibu ..
Maafkan anakmu yang belum banyak berbakti padamu
Bahkan untuk mengingatmupun sering kami lupa
Urusan dunia demikian menyita waktu, fikiran dan tenaga
Hingga lupa bahwa tugas 'birrul walidain' baru dijalankan tak seberapa
Ibu ..
Kami tau, Segala kebaikan kami padamu tidak setanding dengan cinta kasihmu pada kami
Kasih sayang dan Cinta kasihmu tidak akan tergantikan
Perjuangan & Ketulusanmu tidak mungkin terbalaskan
Ibu ..
Kau telah pergi izinkan kami kembali meminta
Restui perjuangan anakmu dalam menggapai cita
Membina diri dan keluarga dalam Iman dan Islam
Demi cinta dan ridha-Nya
Ibu ..
"Kami mencintai menyayangi ibu ...
Semoga kasih sayang Allah terlimpah atasmu
dan ampunan atas segala kesalahan-kesalahanmu"
Ya Allah aku rindu pada ibuku….
Semoga roh mama dicucuri rahmat Allah swt, dan ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..
Posted by annie at 6:36 AM 1 comments
Sunday, May 2, 2010
CAT makes a heart massage to save his LOVE
A male cat has amazed some onlookers with his behaviour to a female cat after she was hit by a car and left dead on the street in Kızılsaray district of Antalya, southern Turkey. Having seen the darling lying on the ground, the male cat started making massage-like movements, to bring the beloved back to life. The scene was likened to a cardiac massage one by onlookers. Even though some people tried to help him, the male cat wouldn't let them come near for two straight hours.The female cat was taken to a veterinary polyclinic for treatment but died there.
Posted by annie at 2:51 AM 1 comments