»

Monday, April 27, 2015

GST Goods and Services Tax vs Datuk Ahmad Maslan

April 27, 2015, Peniaga lakukan kesalahan GST perlu didakwa segera - Ahmad Maslan
ROMPIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kastam Diraja Malaysia diminta membawa segera peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada peniaga lain.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata rakyat mahu melihat keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan pelaksanaan GST, sehingga membebankan hidup mereka.


adooiiii peniaga lagi di salahkan..Datuk Ahmad Maslan yang di kasihi dan di sayangi rakyat Malaysia, tolooong lah..peniaga2 ramai yang konpius dan tidak faham mcm Tun M. Jangan main dakwa saja, cari di mana kelemahan sistem dan perlaksanaannya..ambil masa utk membetulkan dan memperkukuhkan sistem GST dulu supaya pemborong dan retailer tidak bergaduh dan yg jadi mangsa adalah pengguna.



April 22, 2015 PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.