»

Thursday, January 16, 2014

HARAPAN




5.05 pagi. CATATAN sesudah bangun dari tidur : memiliki sesuatu walau hanya dalam mimpi, menyegar satu sudut diri. Biarpun ia tersorok dalam kelam harapan, namun sekurang-kurangnya itu tanda kita masih hidup. Membina kehidupan itu seakan-akan satu kewajiban kepada diri yang kian renta. Mari kita bina harapan demi harapan dan memujuk diri dengan mimpi-mimpi manis. Siapa tahu, harapan kan berbunga harum, kan berputik menjadi buah santapan jiwa. Kita belum mati...

Wednesday, January 15, 2014

Aku Masih Belajar...



Saturday, January 11, 2014

Majlis Adat Perkahwinan Brunei.

Majlis  Kahwin  Anak Buah ..Berzikir, Berbedak & Berinai  

 Raihana & Fakrul

Kg Senaut, Tutong, Brunei Darussalam.






Pengantin diiringi oleh pengangun nenek kepada pengantin. Pengangun bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengantin perempuan sehingga selesai majlis kahwin

PERKAHWINAN BRUNEI
 Adat Berbedak & Berinai

i) Adat Berbedak

'Adat Berbedak' adalah upacara di mana kedua pengantin akan di bedaki di rumah masing-masing 
dengan berujuan untuk menambah serinya wajah. Acara ini dilangsungkan berasingan.

Selepas berbedak, akan dilangsungkan upacara mandian. Pengantin akan duduk diatas papan yang 
berlapik sambil dikelilingi empat lilin. Setiap lilin akan dipegang oleh kanak-kanak memakai 
'sesandang' yang berlainan warna.

Pengantin tersebut seterusnya akan dimandikan dengan air 'langir', air bunga melor/ melati dan 
bercampur dengan air bercampur 'kalambiji'. Air ini bertindak sebagai pembersih dan minyak wangi 
badan. Kemudian pengantin akan di mandikan dengan air bersih diikuti dengan pengambilan air 
wudhu.

Selepas itu, pengangun akan mengambil lilin yang menyala dan menyuruh pengantin tersebut meniup 
padam dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga kali. Selepas itu, pengantin akan disuruh 
berpakaian putih. Dia seterusnya akan diliputi dengan bau kemenyan, bertujuan untuk mengekalkan 
bau segar dan harum pengantin.

Majlis Masuk Berbedak

Ini adalah upacara yang terbuka. Keluarga pengantin perempuan akan mengadakan acara ini 
dikediaman sendiri sehari awal daripada pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan melangsungkan 
acara ini pada waktu malam, sehari sebelum hari perkahwinan. Dalam upacara ini, pengantin tersebut 
akan memakai pakaian tradisi (contoh; pakaian Brunei). Keluarga, sanak saudara dan jemputan akan 
seterusnya menyapu bedak di tapak tangan pengantin dan juga di bahagian dahi. 

ii) Adat Berinai/ Berpacar 

Adat Berinai/Berpacar ialah tradisi dimana pengantin akan menampalkan tangan dan kaki mereka 
dengan inai. Upacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari perkahwinan 
dan di langsungkan berasingan pada kediaman masing-masing.

Majlis Masuk Adat Berinai

Untuk memulakan upacara tersebut, pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun. 
Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun 
menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat sambil berdoa.



Alhamdulillah