»

Sunday, July 21, 2013

Sedih ):


KISAH SEDIH................

Sekumpulan mat rempit ternampak sorang perempuan cun berdiri di tengah jambatan seperti nak bunuh diri. Dia orang pun parking la motor kat tepi dan cuba nak menolong.

Leader dia orang menghampiri perempuan cun itu dan bertanya, " Apa yg saudari cuba buat ni?" "saya nak bunuh diri", perempuan cun itu berkata.

Leader tak nak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan, jadi dia bertanya, "Saya tak dapat nak menghalang saudari, tapi memandangkan saudari dah nekad, apa kata saudari beri saya satu ciuman selamat tinggal?"

So pompuan cun itu pun bagi la french kiss yang kaw-kaw kat leader tu.Dah siap cium, leader berkata," Wow, best giler ciuman tu. Kenapa saudari nak bunuh diri?

"Mak ayah saya tak suka saya berpakaian seperti perempuan".

Pihak berkuasa mengesyaki bahawa mangsa mungkin ditolak jatuh dari jambatan itu.

Moral : Jangan ambil kesempatan pada 'wanita' yg lemah.

Friday, July 12, 2013

WANITA

WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN.

Ia akan memaafkan ketika engkau mencuba membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencuba menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencuba memarahinya.
Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.

BUKAN KERANA IA LEMAH.
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia...

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan Al Mubarak 2013/1434H

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
dan selamat menjalani ibadah puasa.
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin. 
Semoga semua ibadah kita di bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan dan mendapat keampunan Allah.
Ameen.
Melihat anak bulan Ramadhan di Tkt 13 Bangunan Menara UMS Kampus Antarabangsa Labuan 

Saturday, July 6, 2013

Doa Penawar Hati Yang Duka















YA ALLAH BERKATILAH USAHA KAMI


Ya Allah ya Tuhan kami, kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada kami semua khususnya nikmat Islam yang kami miliki ini.

Ya Allah ya Tuhan kami ampunilah dosa dan maafkanlah kesilapan kami lahir dan batin. Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami dosa keluarga kami dosa masyarakat kami dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup dan ummat Islam yang akan datang hingga hari kiamat.

Ya Allah ya Tuhan kami berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, iman yang mendalam, rezeki yang halal, anak yang soleh, keturunan yang baik, perniagaan yang berjaya dan penghidupan yang penuh berkat.

Ya Allah ya Tuhan kami, jika tertulis suatu takdir yang tidak baik keatas kami, kami memohon supaya Engkau menukar takdir itu dengan suatu takdir yang baik kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan kami Engkau saja yang mengetahui berapa lama lagi kami akan berada di dunia ini. Ya Allah jangan Engkau keluarkan kami ini dari dunia ini sehingga kami telah bersiap dengan sesiapnya, sehingga kami berjaya menunaikan tanggungjawab kami sebagai hamba Engkau dan khalifah Engkau di bumi ini. Ya Allah ya Tuhan kami selamatkan kami di dunia ini dan selamatkan kami di akhirat nanti.

Ya Allah berikan kami kekuatan kepada kami supaya dapat kami mengatasi angkara jahat musuh-musuh kami dari nafsu, syaitan, dunia dan manusia. Hidupkanlah kami dengan Islam dan matikanlah kami ini dengan Islam. Selamatkan iman kami daripada segala gangguan syaitan, semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir.

Ya Allah perkenankan segala permohonan kami, mustajabkanlah doa kami, selesaikanlah segala masalah kami, bayarkanlah segala hutang kami, sembuhkanlah segala penyakit kami, kuatkanlah segala kelemahan kami, sempurnakan segala kekurangan kami, tunaikan hajat-hajat kami, berkatilah anak cucu kami, jayakanlah usaha dan perniagaan kami, satukanlah hati-hati kami, menangkanlah perjuangan kami dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad saw, dengan keramat Al-Quran al-kareem dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

Amin..Amin..Amin

by: Datuk Dr Maznah Hamid