»

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013



Tahun 2012 akan kita tinggalkan hanya beberapa jam sahaja lagi..
2013 menjelang kini semoga kehidupan ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan dan HIDAYAH dari Allah SWT, sihat tubuh badan, murahkan rezeki, keutuhan kasih sayang terhadap keluarga dan yang penting keutuhan dan kekuatan IMAN agar ia terus hidup dalam hati ini..
agar hidup ini sentiasa mendapat petunjuk dan motivasi diri..
Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal adalah kunci segalanya..
SELAMAT TAHUN BARU 2013

Saturday, December 22, 2012

Kucing dan Cuti2 M'sia..


Masa cuti ni..asrama bg haiwan yang di tingglkan sementara waktu, 
Penuh!!!..lambat book ):.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan.
hhhmmmmm mcm hotel pula perlu book2
siaaaan c Maru ):..
terpaksa cari rumah tumpangan huhuhuu...


Saturday, December 15, 2012

Mengejar Ombak Rindu di Pantai..MawillaYachtClub 151212


    




Wednesday, December 12, 2012

LIFE


Dunia ini terlalu Hina untuk kita menangis
Terlalu murah untuk membuat kita bersedih
Terlalu lemah untuk membuat kita putus Asa...

Memang..
Allah tidak menjanjikan langit itu selalu biru,
Bunga itu selalu mekar dan
Matahari selalu bersinar...

Tapi..
Ketahuilah, bahawa Allah selalu memberikan
PELANGI disetiap ada hujan,
senyum di setiap Airmata,
Berkah di setiap cubaan dan
Jawaban di setiap DOA..

Pelangi Senja


Pelangi Senja Di Semporna ):

Sunday, December 9, 2012

LeLaKi vs WaNiTa




1. Tahap bau perempuan ialah 75% lebih tinggi daripada lelaki.
2. Tahap homoseksual wanita dua kali lebih tinggi daripada lelaki pada usia 45 tahun.
3. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki.
4. Berat purata otak lelaki lebih 1.4kg berbanding wanita.
5. Wanita lebih berani daripada lelaki.
6. Keupayaan meramas tangan lelaki dua kali lebih tinggi daripada wanita.
7. Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur berbanding hanya 22 % bagi wanita.
8. Wanita secara puratanya memerlukan 153 saat untuk berada di tandas berbanding hanya 113 saat bagi lelaki.
9. Wanita tidur 1 jam lebih lama daripada lelaki pada waktu malam.
10. 95% penghuni penjara ialah lelaki.
11. Wanita dua kali ganda lebih banyak hidup sendirian berbanding lelaki pada usia 65 tahun.
12. Sperma lelaki menentukan jenis jantina bayi.
13. Bayi perempuan 2 bulan lebih cepat berjalan dan bercakap daripada bayi lelaki.
14. Lemak pada perut lelaki lebih banyak daripada perempuan.
15. Tulang punggung wanita lebih lebar dan besar berbanding lelaki.

Antara fakta menarik lelaki vs wanita buat renungan bersama dihujung minggu ini…
 — with Sang Kejora.