»

Monday, August 27, 2012

Majlis Perkawinan

Majlis Perkahwinan anak buah aku
* Fadzlay & Rohana* 
25 Ogos 2012







CINTA memang indah bila dapat menyatukan dua hati..
semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat...

Friday, August 17, 2012

BANJARAN CROCKER vs JALAN KIMANIS PAPAR (part 1 balik raya 2012)

Tahun ini kami balik kampung beraya yeaaah! 
hohooo balik kampungggg ..oohoh balik kampuunggg hehe..
mesti like lagu allahyarham Sudirman setiap kali musim perayaan bila balik kampung :)

Perjalanan bermula dari WP Labuan dengan menaiki Ferry kenderaan selama 2 jam...sampai saja di tanah besar Sabah Menumbuk, kami melalui jalan pintas ke Kuala Penyu..memang cepat sampai di bandingkan melalui jalan biasa Menumbuk vs Beaufort.


Kali ini kami melalui jalan Kimanis ke Keningau.. 
pengalaman pertama dan option memendekkan perjalanan balik kampung ke Pantai Timur Sabah. 
Banjaran Crocker adalah banjaran tertinggi di Malaysia Borneo yang diliputi gunung ganang yang 
sangat tinggi..


Ini adalah simpang ke Taman Negara Banjaran Crocker..
kami tak singgah hanya berkesempatan tangkap gambar dari dalam kereta saja :)..
pemandangan di depan tu adalah Bandar Keningau.



Alhamdulillah sampai di daerah Keningau pukul 3.00 ptng. Cekin lepas tu cari makan untuk iftar di salah sebuah restorant ikan bakar :)...andainya esok raya, sahur malam ini adalah yang terakhir di bulan ramadhan 2012 ): ..
                         

Thursday, August 16, 2012

Dalam kerendahan hati,
Ada ketinggian budi,
Ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa

Mohon ampun & maaf atas segalanya..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri moga silaturrahim di berkati Allah SWT.



Thursday, August 2, 2012

Ombak Rindu :-P..RaYa BaLiK KaMpUnG ..

Ini lah Buras atau Burasak :) ...
Makanan traditional masyarakat bugis di daerah
Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.
Hidangan istimewa semasa menjelang Hari Raya.
Buras sedap dimakan bersama Ayam Masak Lengkuas                                                                  
Beras, Santan, Sedekit Garam, Daun Pisang dan Tali 
Rebus selama 5 jam

 Bahan-Bahan untuk ayam masak lengkuas
1/2 kg Lengkuas (bersihkan & parut)
1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
5 ulas merah (tumbuk halus)
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
3 btng serai (ketuk)
1 liter santan pekat
garam secukup rasa
serbuk perasa 
kunyit

Cara Memasaknya:-
Didihkan santan di dalam kuali. Setelah mendidih masukan lengkuas yg telah di parut.
Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, garam dan perasa.
setelah sebati masukkan ayam, kacau perlahan-lahan sehingga masak.
Bila ayam sudah masak boleh di hidangkan...
selamat mencuba