»

Friday, February 10, 2012

Kota Suci Mekah Dalam Impian



Bismillahirahmannirrahim...


Kerinduan menyahut lambaian Ka'abah mengamit relung hati setiap insan yang beriman. Gema takbir dan talbiah menghiasi seluruh alam buana, melimpah hikmah dan keagungan asma, menjalar setiap denyut nadi insan yang mendambahkan kemesraan kekasih. Jiwa Dan raga di penuhi harapan limpahan kurnia dan redha Ilahi dalam menjalin kehangatan makrifat. Semangat yang membara menepis segala rintangan dalam memenuhi panggilan Allah SWT.

Tawaduk dan istiqamah membekalkan rasa cemas dan gementar bila menghadirkan diri di depan pintu raja yang agung dalam memenuhi panggilanNya. Harapan ingin memperolehi haji / umrah yang mabrur bercampur dengan kebimbangan kerana kesedaran tentang kedaifan diri sendiri. Sesungguhnya keindahan dan kebaikan memperolehi haji/ umrah itu hanya syurga sebagai ganjarannya. Dengan mempersiapkan bekal yang halal, ilmu dan taqwa akan menikmati kesempurnaan ibadah haji, umrah dan ziarah.

InsyaAllah..semoga dapat mempersiapkan diri memenuhi panggilan ke tanah suci. Ya Allah tunaikan lah segala doa ku dan kabulkan hasradku. Amin  Ya Rabbal Alamin.

0 comments: