»

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013



Tahun 2012 akan kita tinggalkan hanya beberapa jam sahaja lagi..
2013 menjelang kini semoga kehidupan ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan dan HIDAYAH dari Allah SWT, sihat tubuh badan, murahkan rezeki, keutuhan kasih sayang terhadap keluarga dan yang penting keutuhan dan kekuatan IMAN agar ia terus hidup dalam hati ini..
agar hidup ini sentiasa mendapat petunjuk dan motivasi diri..
Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal adalah kunci segalanya..
SELAMAT TAHUN BARU 2013

Saturday, December 22, 2012

Kucing dan Cuti2 M'sia..


Masa cuti ni..asrama bg haiwan yang di tingglkan sementara waktu, 
Penuh!!!..lambat book ):.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan.
hhhmmmmm mcm hotel pula perlu book2
siaaaan c Maru ):..
terpaksa cari rumah tumpangan huhuhuu...


Saturday, December 15, 2012

Mengejar Ombak Rindu di Pantai..MawillaYachtClub 151212


    




Wednesday, December 12, 2012

LIFE


Dunia ini terlalu Hina untuk kita menangis
Terlalu murah untuk membuat kita bersedih
Terlalu lemah untuk membuat kita putus Asa...

Memang..
Allah tidak menjanjikan langit itu selalu biru,
Bunga itu selalu mekar dan
Matahari selalu bersinar...

Tapi..
Ketahuilah, bahawa Allah selalu memberikan
PELANGI disetiap ada hujan,
senyum di setiap Airmata,
Berkah di setiap cubaan dan
Jawaban di setiap DOA..

Pelangi Senja


Pelangi Senja Di Semporna ):

Sunday, December 9, 2012

LeLaKi vs WaNiTa




1. Tahap bau perempuan ialah 75% lebih tinggi daripada lelaki.
2. Tahap homoseksual wanita dua kali lebih tinggi daripada lelaki pada usia 45 tahun.
3. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki.
4. Berat purata otak lelaki lebih 1.4kg berbanding wanita.
5. Wanita lebih berani daripada lelaki.
6. Keupayaan meramas tangan lelaki dua kali lebih tinggi daripada wanita.
7. Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur berbanding hanya 22 % bagi wanita.
8. Wanita secara puratanya memerlukan 153 saat untuk berada di tandas berbanding hanya 113 saat bagi lelaki.
9. Wanita tidur 1 jam lebih lama daripada lelaki pada waktu malam.
10. 95% penghuni penjara ialah lelaki.
11. Wanita dua kali ganda lebih banyak hidup sendirian berbanding lelaki pada usia 65 tahun.
12. Sperma lelaki menentukan jenis jantina bayi.
13. Bayi perempuan 2 bulan lebih cepat berjalan dan bercakap daripada bayi lelaki.
14. Lemak pada perut lelaki lebih banyak daripada perempuan.
15. Tulang punggung wanita lebih lebar dan besar berbanding lelaki.

Antara fakta menarik lelaki vs wanita buat renungan bersama dihujung minggu ini…
 — with Sang Kejora.

Wednesday, November 28, 2012

Puisi

Defessus Animae

ketika designan semilir angin menyejukan hati-hati yang pedih
terngiang jerit-jeritan kalbu
akan luka-luka yang lama dan terngangah..

ketika badai tak lagi menakutkan..
terik matahari tak lagi menghangatkan
dinginnya salju tak lagi menyejukkan
dan halilinta tak lagi menggetarkan

apa yang harus aku lakukan
apakah aku harus terdiam seribu bahasa
sedangkan beribu pertanyaan menghujam di dadaku
dan jiwaku..ya jiwaku telah pergi untuk sesuatu yang belum mati..

diriku diantara dataran tandus yang luas
apa yang akan ku cari di dataran sepi?
hanya fatamorgana yang ada di hadapanku...
fatamorgana yang menggambarkan oase-oase palsu..

sedang waktu akan membunuhku..
bagai serigala-serigala lapar yang mengintai mangsanya
yang siap mengoyak-ngoyak sanubari yang hampa
tertawa-tawa atas hati yang gundah gulana..

aku berjalan yang sangat panjng
tertatih-tatih..dengan letih
aku ingin berhenti..tapi suara-suara itu menyuruhku berlari
dan aku tersesat di persimpangan ini..

beri aku pedang..
padang yan akan menebas semua keraguan..
padang yang akan ku hujamkan pada musuh-musuh yang sunyi
yang membisikkan keraguan-keraguan yang menyesatkan

beri aku harapan..
harapan yang memapahku menuju oase
oase yang menyelamatkanku dari sang waktu
menghenyakkan aku dari lamunan semua

Tuhan beri aku tanda yang akan menyelamatkanku dari persimpangan jalan...

oleh: rico widiarno

Monday, November 26, 2012

MasterChef Malaysia 2


Che Lah malam ni meninggalkan dapur MasterChef Malaysia 2
minggu penyingkiran dan terakhir
Atiqa@ Kim semoga berjaya.. (wakil dr Sabah/WP Labuan)



Monday, November 5, 2012

SPM 04/11/2012



Buat anak aku Daniel & teman-teman serta calon-calon SPM 2012
semoga Allah SWT beri keyakinan dan dipermudahan  menjawab soalan-soalan SPM 
Selamat Maju Jaya dengan Cemerlang.
Aamiin.

Sunday, October 21, 2012

Ya Allah Ya Tuhan kami,



Janganlah Engkau pejamkan mata hati kami, 
hingga kami lupa akan nikmatMU...
dan pasrahkanlah kami dengan takdirMU...
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... 
adalah yang terbaik untuk kami,
janganlah Engkau biarkan kami sendirian... 
di dunia ini mahupun di akhirat nanti,
bimbinglah kami agar tetap tegar
agar hidup kami tak hilang dalam kehancuran..

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Aamiin Ya Robbalalamin...

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Friday, October 19, 2012

Festival Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat WP Labuan

Warna Warni Festival Bahasa Kebangsaan Peringkat WP Labuan
Pertandingan Berbalas Pantun, Pidato dan Tarian Rampaian
bermula 18 hgg 21 Oktober 2012.



Saturday, October 6, 2012

Feri Wawasan Perdana Terbakar (2/10/2012) WP Labuan



Pada 02 Okt. 2021 pagi WP Labuan di kejutkan lagi dengan kebakaran sebuah Feri iaitu Wawasan Perdana. Feri Wawasan Perdana adalah feri utama yang membawa kenderaan komersial, kenderaan awam dan penumpang orang awam keluar masuk Labuan. 

Feri Wawasan Perdana di bina pada bulan september 1997 dan mula beroperasi pada 16 Ogos 2004. Feri ini di miliki oleh Labuan Ferry Corporation Sdn Bhd. boleh memuatkan seramai 1000 orang penumpang dan 80 buah kenderaan, 24 buah lori 15 tan. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut dalam tempoh 37 minit dan alhamdulillah tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPT.2012

PETA 1 MALAYSIA

PETA MALAYSIA SIZE SEBENAR


Penubuhan Malaysia
Sejak bila peta Semenanjung lebih besar daripada peta Sabah Sarawak?

p/s: Pada hari ini 16 sept,
sudah 49 tahun Sabah bersama-sama Sarawak membentuk Malaysia.
Tetapi..di mana taraf dan kedudukan ekonomi Sabah? Apakah 20 perkara, Perjanjian Malaysia 1963 dihormati dan Borneonisasi dilaksanakan? Bagaimana dengan kuasa autonomi Sabah?

Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud pada hari ini.

by fb: Jaymie Jaimye




Monday, August 27, 2012

Majlis Perkawinan

Majlis Perkahwinan anak buah aku
* Fadzlay & Rohana* 
25 Ogos 2012







CINTA memang indah bila dapat menyatukan dua hati..
semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat...

Friday, August 17, 2012

BANJARAN CROCKER vs JALAN KIMANIS PAPAR (part 1 balik raya 2012)

Tahun ini kami balik kampung beraya yeaaah! 
hohooo balik kampungggg ..oohoh balik kampuunggg hehe..
mesti like lagu allahyarham Sudirman setiap kali musim perayaan bila balik kampung :)

Perjalanan bermula dari WP Labuan dengan menaiki Ferry kenderaan selama 2 jam...sampai saja di tanah besar Sabah Menumbuk, kami melalui jalan pintas ke Kuala Penyu..memang cepat sampai di bandingkan melalui jalan biasa Menumbuk vs Beaufort.


Kali ini kami melalui jalan Kimanis ke Keningau.. 
pengalaman pertama dan option memendekkan perjalanan balik kampung ke Pantai Timur Sabah. 
Banjaran Crocker adalah banjaran tertinggi di Malaysia Borneo yang diliputi gunung ganang yang 
sangat tinggi..


Ini adalah simpang ke Taman Negara Banjaran Crocker..
kami tak singgah hanya berkesempatan tangkap gambar dari dalam kereta saja :)..
pemandangan di depan tu adalah Bandar Keningau.



Alhamdulillah sampai di daerah Keningau pukul 3.00 ptng. Cekin lepas tu cari makan untuk iftar di salah sebuah restorant ikan bakar :)...andainya esok raya, sahur malam ini adalah yang terakhir di bulan ramadhan 2012 ): ..
                         

Thursday, August 16, 2012

Dalam kerendahan hati,
Ada ketinggian budi,
Ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa

Mohon ampun & maaf atas segalanya..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri moga silaturrahim di berkati Allah SWT.



Thursday, August 2, 2012

Ombak Rindu :-P..RaYa BaLiK KaMpUnG ..

Ini lah Buras atau Burasak :) ...
Makanan traditional masyarakat bugis di daerah
Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.
Hidangan istimewa semasa menjelang Hari Raya.
Buras sedap dimakan bersama Ayam Masak Lengkuas                                                                  
Beras, Santan, Sedekit Garam, Daun Pisang dan Tali 
Rebus selama 5 jam

 Bahan-Bahan untuk ayam masak lengkuas
1/2 kg Lengkuas (bersihkan & parut)
1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
5 ulas merah (tumbuk halus)
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
3 btng serai (ketuk)
1 liter santan pekat
garam secukup rasa
serbuk perasa 
kunyit

Cara Memasaknya:-
Didihkan santan di dalam kuali. Setelah mendidih masukan lengkuas yg telah di parut.
Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, garam dan perasa.
setelah sebati masukkan ayam, kacau perlahan-lahan sehingga masak.
Bila ayam sudah masak boleh di hidangkan...
selamat mencuba 

Tuesday, July 31, 2012

Mangsa Kebakaran kapal MISC Bunga Alpinia


Gambar arwah OS Hanafi yang terkorban dalam kebakaran 
Kapal MISC Bunga Alpinia 26 July 2012, WP Labuan
Sedih tengok gambar ni..Al fatihah..



Thursday, July 26, 2012

Kebakaran Kapal Bunga Alpinia, WP Labuan. 26/07/2012

Kebakaran Kapal Bunga Alpinia di jeti terminal loji Petronas Methanol Labuan Sdn Bhd (PML)
Kapal Milik International Shipping Corporation (MISC) Berhad 
musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.00 pagi  tadi. Seramai 29 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12 ribu tan liquefied natural gas (LNG) menuju ke Jepun.









Monday, July 23, 2012

MeNaRa MaSjiDiL HaRaM...


Selamat bersahur dan selamat menunaikan solat subuh...
" MeNaRa MaSjiDiL HaRaM..." 
Tiang menara di salah satu Pintu Masuk Utama Ke Masjdil Haram.

Sunday, July 22, 2012

Menu Sungkai Hari Ini..2 ramadhan


Mee Goreng, Tauhu Sos Tiram, Ikan Goreng Berempah
Udang Kam Heong Cereal dan Sayur Kubis
Bubur Kacang Merah, Pisang, Kurma
 Air Kelapa


selamat bersungkai dan menjamu selera...

Tuesday, July 17, 2012

Marhaban Ya Ramadhan..


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa (SURAH 2: 183)


Saturday, July 14, 2012

REALITI ‘SEBUAH PERNIAGAAN’

REALITI ‘SEBUAH PERNIAGAAN’

Ramai yang percaya bahawa Perniagaan , mengandungi sekurang kurangnya 25% bergantung pada Nasib. Yang lainnya termasuklah. Pengetahuan. Kecekalan. Sikap Tak pernah Mengalah. 

Mentadbir Perniagaan samalah seperti Mentadbir sebuah negara Kecil. 

Bila anda mula Berniaga, mulalah berjaga2 kerana di situlah tempat yang mudah Tuhan menduga Keimanan dan Kesabaran anda.

Mengikut Pengalaman. Perkara utama dalam Niaga ialah ' Jangan Putus Wang.' dan perkara akhir dalam Niaga juga, 'Jangan Putus Wang' tetapi hakikatnya. Bila Berniaga, bila2 pun Wang tak pernah Mencukupi.

Cuba perhatikan, jika sesuatu perniagaan itu Naik dan Berkembang, lihat siapa di belakangnya.

Menjadi Jutawan lebih baik dari menjadi hartawan. Yang mana menjadi Usahawan jauh lebih Baik dari Kedua duanya.

Makna Sebenar bagi bisnes ialah 'Wang Buat Wang' dan Wang Yang Kita Buat akan Menjadi Lebih Banyak Wang' jika kita Bijaksana.

Kata Orang, dalam Berniaga , ingatlah kita Tiada Saudara, atau Kawan. Kita hanya ada Pelanggan dan Pekerja Yang Merangkum Kesemuanya!

Perniagaan tanpa iklan dan Promosi tidak Ubah Seperti 'Mengenyit Mata kepada Wanita cantik di dalam Gelap'

Adakah Anda Calon Yang Sesuai Untuk Menjadi Usahawan Yang Berjaya?



Datuk Dr Maznah Hamid

Saturday, July 7, 2012

Bubur Nasi Chinese Style


Salam..menu pagi ahad Bubur Nasi.. mudah tidak pedas dan berminyak. Biasanya di hidangkan untuk orang yang sakit tapi pagi ni kita buat sarapan sebagai hidangan sihat :)..

Bahan-bahannya:
Beras 1 cawan
5-6 cawan air
secubit garam (kurangkan garam)

Bahan-bahan sampingan
Telur Masin
Lobak Jeruk (Chai Poh)
Beberap titik minyak bijan
Ikan goreng dalam tin (black beans)
Kicap
Daun sup & bawang goreng (kalau suka boleh tambah)







TELAGA MINYAK DI SABAH

TIMBUNAN TELAGA MINYAK DI SABAH TERUTAMANYA DI KAWASAN KUDAT DITEMUI MILIK SIAPA ?

P/S: ADAKAH RAKYAT SANGGUP MEMBIARKAN MINYAK SABAH di SALURKAN KE BINTULU SARAWAK ? MENGAPA TIDAK MEMBINA SAHAJA LOJI MINYAK DI SABAH DAN SETERUSNYA MEMBERI BANYAK PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT SABAH ?

ADAKAH TELAGA MINYAK YANG BARU DI TEMUI AKAN TURUT DI SALURKAN KE BINTULU ?

* ADA PIHAK YANG TIDAK MAHU SABAH MENJADI MAJU DAN SANGGUP MENYALURKAN MINYAK DAN GAS LUAR DARI SABAH BIAR BERAPA PANJANG PAIP SEKALI PUN DI BINA.*

facebook: 1 Suara Sabah

Sunday, July 1, 2012

Elvis Presley - It's Now Or Never w/lyrics

Thursday, June 28, 2012

Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke 47, Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohammad

YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri  dan tetamu kehormat majlis ini  menyampaikan ucapan bertajuk "Kajian Semula Pelan Strategik Ekonomi Melayu"

                            



                            

Saturday, June 9, 2012

WP Labuan, Borneo. Malaysia




Respons dari soalan yang selalu ditanyakan, " Labuan kat mana ea??".


(Sad but True)
Labuan semakin dilupakan dunia luar dan kelompok negeri Malaysia. Labuan tiada identitinya. Itu antara isu yang dihidapi Labuan.

Orang luar tidak tahu bahawa :
1. Labuan memiliki shipyard terbesar Asia.
2. Labuan memiliki methanol plant no.4 terbesar dunia.
3. Labuan adalah oil & gas hub dengan supply base terbaik di Malaysia.
4. Labuan adalah pemproses dan penjual sweet crude terbesar di Malaysia.
5. Jikalau berlaku konfrontasi, Labuan akan diserang terlebih dahulu kerana Labuan menjana 30% pendapatan negara dalam industri minyak dan gas. Lumpuh oil dan gas Labuan, akan lumpuh oil dan gas Sabah Sarawak.
6. Labuan mempunyai deposit arang batu berkualiti tinggi.
7. Labuan mempunyai pelabuhan semulajadi yang terdalam di Malaysia.

Persoalannya, kenapakah masih banyak orang terutamanya rakyat Malaysia sendiri yang tidak tahu dimana letaknya Labuan? (?.?')

So gambar ni adalah jawapannya.. HAHA

Friday, April 20, 2012

Hook-Billed Butbul

Hook-Billed Butbul di kenali dengan nama Burung Merbah.
Nama saintifiknya setornis criniger terdapat di kepulauan Borneo


Dua minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci seekor Burung Merbah membuat sarang di pohon bunga halaman rumahku. Mungkin landskap yg cantik menarik minat Burung Merbah utk bersarang :)..orang tua-tua cakap rumah rezeki..Amin.
  
 
Ketika aku masih di Kota Madinah anak-anak Burung Merbah baru menetas. Di sana aku sempat melayari internet utk berhubung dgn keluarga di tanah air dan kesempatan itu juga ku ambil untuk melihat perkembangan anak2 Burung Merbah melalui gambar2 yg di post oleh suamiku di laman sosial FB. 


Ini lah anak Burung Merbah..mmmm sudah biasa posing depan kamera :) cute kan? tp seminggu selepas aku balik dari tanah suci anak anak burung ini telah terbang jauh bersama ibubapanya dan sarang yg di bina dihalaman rumahku kini kosong sunyi tanpa penghuni. Rindu bunyi kicauan Burung Merbah..
Subhanallah amat sempurna ciptaanMU.

 aku teringat pada lagu lama..'Mengapa di kenang'..
Nyanyian Saloma

Anak Punai Anak Merbah..
Terbang turun membuat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Ini pula hati orang
mengapa di kenang...