»

Monday, May 30, 2011

Yogurt Cheese Cake



Bahan bahan :
250 gm krim cheese (Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt (atau perisa lain)
1 cawan Biskut tiger/biskut merry (dihancurkan)
3 sudu besar mentega
jem blueberry

Topping
Sos Blueberry secukupnya
1 sudu besar madu

Cara-cara

1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese tadi.

Bakar:

Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas,
letak acuan yang ada cheese tadi dlm bekas berisi air dan bakar selama 50-60 minit.

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.

Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2.
Hiaskan dengan toping blueberry jem dan madu.